PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN

DOE Johor 31/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/01/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Bandar Tenggara, 29 Disember 2021: Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang bukan ditetapkan berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009. Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding didapati tidak memasang sistem penyaluran yang betul bagi menghubungkan unit proses dan juga sistem penyaluran tidak dinyatakan didalam lukisan kejuruteran. Keadaan sistem juga tidak memuaskan dan tindakan pembersihan perlu dilaksanakan segera. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan penambahbaikan segera. Jabatan ingin mengingatkan bahawa pengoperasian sesuatu sistem alat kawalan tidak terhad kepada pelepasan akhir, tetapi juga sistem harus dipantau secara keseluruhan. Pemeriksaan ini telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan