PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

TAHAP KESEDARAN ORANG RAMAI TERUS MENINGKAT, KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE TERUS DAPAT SAMBUTAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAHAP KESEDARAN ORANG RAMAI TERUS MENINGKAT, KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE TERUS DAPAT SAMBUTAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 29 Januari 2022 –“Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik “ anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle terus mendapat sambutan. Hari ini program telah diadakan di Marque Tent, Tanjung, Kuala Terengganu. Sambutan yang berterusan ini, menunjukkan orang awam telah sedar akan bahaya bahan buangan ewaste ini sekiranya dilupuskan di tapak pelupusan sampah awam. JAS Terengganu akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta syarikat-syarikat yang diberi lesen pembawa dan kemudahan pemerolehan separa luar tapak (e-waste) oleh JAS, untuk memastikan e-waste ini diuruskan dan dilupuskan dengan betul dan selamat.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan