Penerangan
Kemaman, 29 Januari 2022- JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan dan operasi mencegah dan memantau pencemaran keatas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Kawasan pemantau melibatkan Chukai, Binjai, Mak Chili, Pasir Minal, Paman, Kuala Tayor, Seberang Tayor, Lubuk Lesung, Dadong, Ayer Putih, Teladas, Cheneh, Cerul, Paloh Jenang, Bukit Jemalang, Mak Lagam , Kawasan Perindustrian Jakar, Kawasan Perindustrian Jakar 2 dan Geliga.
Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang pemantauan tersebut dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Pemantauan Infrastruktur Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut di Sungai Kg.Mak Lagam juga dilakukan dan berada dalam keadaan baik dan berfungsi.