Penerangan
Kuala Terengganu, 26 Januari 2022. Libat urus dalam memastikan pembangunan projek yang tertakluk kepada penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diadakan secara atas talian bersama pemaju projek dan pihak jururunding yang terlibat.
Libat urus ini diadakan bagi memastikan pihak pemaju telah mengambilkira semua komponen-kompone kajian dan mitigasi dalam penyediaan laporan EIA bagi cadangan projek yang akan dibina.
JAS Terengganu sentiasa memastikan sebarang cadangan pembangunan projek yang tertakluk di bawah Seksyen 34A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini.