Penerangan
Kuala Terengganu, 13 Januari 2022. Pegawai Aset, Pegawai Pengurusan Fasiliti dan Pegawai-pegawai pengurusan Aset Kerajaan dan Aset Tak Alih Kerajaan telah menghadiri mesyuarat secara atas talian di Bilik Operasi, JAS Terengganu.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah ( Pembangunan ) Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.
Mesyuarat diadakan bagi mengesahkan Laporan Sukuan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor JAS Negeri/Bahagian masing-masing. Manakala mesyuarat JKPAK (Fasiliti) telah membincangkan laporan - laporan yang berkaitan Aset Tak Alih di Jabatan Alam Sekitar.