PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR, JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR, JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 25 Januari 2022- Operasi ini tertumpu kepada kilang-kilang yang melakukan kesalahan berulang dan mempunyai beban pencemaran yang tinggi kepada persekitaran serta aduan berulang. Operasi ini antara strategi JAS, dalam memastikan kilang-kilang yang beroperasi di negeri ini berada pada tahap yang patuh. Tindakan tegas akan diambil kepada pemilik-pemilik kilang yang gagal mematuhi  Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Ianya melibatkan kegagalan dalam mematuhi arahan yang telah dikeluarkan dan juga kesalahan-kesalahan yang jelas dilakukan di bawah akta dan peraturan berkenaan. JAS Terengganu akan menjalankan OPS Gempur ini dari semasa ke semasa, bagi memastikan alam sekitar, di negeri ini, bebas daripada masalah pencemaran air sisa industri, pelepasan asap dari cerobong yang melebihi had yang dibenarkan dan pencemaran tanah daripada aktiviti pelupusan haram buangan terjadual.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan