PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU SOKONG KERJASAMA JAS DAN JPNT DALAM PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU SOKONG KERJASAMA JAS DAN JPNT DALAM PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 18 Januari 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah berjaya menganjurkan program taklimat SLAAS kepada 152 orang Pengetua Sekolah Menengah dan 98 Guru Besar Sekolah Kebengsaan di negeri ini. Program ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum, Negeri Terengganu. dan dirasmikan oleh YB Dr Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Terengganu yang memberi sokongan padu kepada usaha-usaha JAS Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Pada majlis ini Tuan Pengarah JAS Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman dan Timbalan Pengarah JPNT, Tuan Haji Mohd Shariff  bin Ab. Latiff, turut hadir. Dalam teks ucapan Yang Berhormat, beliau  menyeru  agar semua pengetua dan guru besar sekolah yang hadir pada majlis taklimat hari ni, dapat menyertai program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar pada tahun ni.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan