PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR FOKUS PADA KILANG BERMASALAH DAN ADUAN BERULANG-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR FOKUS PADA KILANG BERMASALAH DAN ADUAN BERULANG-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 27 Januari 2022- JAS Terengganu telah mengaktifkan Operasi gempur (Ops Gempur)  selama 4 hari bermula pada 23 hingga 26 Januari 2022.  Ops Gempur ini telah melibatkan pemeriksaan ke atas 34 buah premis. Hasil Ops Gempur mendapati 30 premis patuh dan 4 premis tidak patuh kepada peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan susulan telah diambil dengan mengeluarkan 28 Field Citation, 10 kompaun, 10 Notis Arahan dan 1 Penahanan Operasi Kelengkapan. Kesemua kilang ini diarahkan mengambil tindakan pembetulan dan pembaikan segera mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Pemeriksaan susulan ke atas kilang-kilang tersebut akan dibuat dalam memastikan semua premis ini berada pada tahap pematuhan yang baik. JAS Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana kilang yang gagal mematuhi  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan.  Tindakan tegas yang diambil ini, menunjukkan keseriusan JAS Terengganu dalam menangani kilang-kilang bermasalah dan mencemarkan alam sekitar di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan