Penerangan
Kuala Terengganu, 28 Januari 2022- Hari ini, Jumaat, cuti hujung minggu di negeri ini, Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran terus dipergiatkan di sekitar Kuala Nerus, Ajil, Kuala Berang, Sungai Tong dan Setiu. Ianya melibatkan punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan di bawahnya. Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Satu kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku telah dijumpai, bersebelahan dengan kawasan Perindustrian Wakaf Tapai. Banner larang pembakaran terbuka telah dipasang sebagai usaha pencegahan aktiviti itu diteruskan oleh pemilik tanah terbabit.
Pemerhatian secara fizikal ke atas Sungai Pueh, Bukit Kapah, mendapati air sungai dalam keadaan normal.
Pemantauan ini telah dilakukan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai dan Tapak pelupusan Sampah Sungai Ikan, Kuala Nerus.