Penerangan
Kuala Terengganu, 21 Januari 2022- Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran terus dijalankan ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh JAS Terengganu. Operasi dijalankan di sekitar Kuala Terengganu, Manir, Batu Hampar, Bukit Payung, Wakaf Tapai, Ajil, Jerangau, Dendang, Tapak Pelupusan Sampah Bukit Lat, Kawasan Industri Paka, Tebing Tembah, Bandar Dungun, Rantau Abang dan Pulau Kerengga. Tiada Pembakaran Terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.
Walau bagaimanapun banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di Kg. Tebing Tembah, daerah Dungun yg berpotensi aktiviti ini dilakukan ke atas sisa longgokan pokok di lokasi berkenaan.
Selain operasi dan pemantauan pencemaran dilakukan ke atas penempatan kilang-kilang dan tapak pelupusan sampah, Loji Air Kg Pulau Bahagia dan Pantai Kelulut juga turut ditinjau sebagai langkah kesiap siagaan JAS Terengganu.