Penerangan
Kuala Terengganu, 21 Januari 2022- Rondaan, Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), siasatan aduan dan pemantauan pencemaran terus dijalankan ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh JAS Terengganu pada cuti hujung minggu. Rondaan yang melibatkan jajaran jalan raya utama dan kampung ini telah dilakukan di daerah Kuala Nerus, Setiu dan Hulu Terengganu. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes mencurigakan ditemui.
Walau bagaimanapun terdapat longgokan sisa hasil pembersihan kawasan telah ditemui. Banner Larangan Pembakaran Terbuka telah dipasang sebagai usaha pencegahan agar aktiviti tersebut tidak diteruskan oleh pemilik tanah terbabit.
Usaha pemantauan premis sebagai langkah pencegahan kepada pencemaran udara, sungai dan bahan buangan terjadual juga turut dilakukan di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kawasan Perindustrian Ajil dan Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai. Kebanyakan kilang-kilang di kawasan ini tidak beroperasi.