Penerangan
Kuala Terengganu, 14 Januari 2022- Cuti hujung minggu di negeri ini. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus mempergiatkan usaha mencegah dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawah nya. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.
Usaha pencegahan dan pemantauan melibatkan kawasan sekitar daerah Kuala Terengganu, Sg.Tong, Renek, Kg Raja melalui jalan pantai ke Kuala Terengganu, Saujana, Penarik, Rhu 10, Merang dan Batu Rakit. Punca yang dipantau termasuk penempatan kilang, kawasan kampung, taman perumahan dan punca-punca yang ada potensi berlakunya pencemaran termasuk tapak pelupusan sampah dan kawasan pantai yang biasa berlaku pencemaran “tar ball”.