Penerangan
Kuala Terengganu, 8 Januari 2022- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah melaksanakan pelbagai strategi dalam menjalankan tanggungjawab, menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Rondaan pencegahan pembakaran terbuka dan pemantauan pencemaran daripada kilang-kilang yang berada di Mukim Kuala Ibai, Kawasan Perindustrian Chendering, Bukit Besar dan Wakaf Mempelam, di daerah Kuala Terengganu, Mukim Rusila dan Kawasan Perindustrian Bukit Kor, di daerah Marang telah dijalankan dan didapati tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.
Komitmen yang berterusan dalam pencegahan dan pemantauan punca yang berpotensi mencemarkan alam sekitar ini merupakan strategi JAS Terengganu dalam memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini dapat dikawal.