Penerangan
Kuala Terengganu, 7 Januari 2022- JAS Terengganu terus bersiapsiaga dalam mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran daripada punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kawasan rondaan melibatkan daerah Kuala Nerus, Setiu dan Besut yang menempatkan kilang-kilang, projek-projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliliung (EIA) dan berada pada peringkat pembinaan serta tapak pelupusan sampah yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka berlaku.
Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui sepanjang rondaan dan pemantauan tersebut.
Kesiapsiagaan ini diharap akan dapat mencegah sebarang pencemaran yang tidak diingini berlaku.