Penerangan
Kemaman, 22 Januari 2022- Sebagai langkah kawalan dan pencegahan pencemaran udara, sungai dan bahan buangan terjadual.
Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau kilang-kilang dan punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diteruskan pada hari ke dua cuti hujung minggu. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes pencemaran ditemui.
Operasi ini telah dilakukan di sekitar Chukai, Geliga, Jakar, Mak Lagam, Pengkalan Pandan, Bukit Mentok, Mak Chili, Gong Pauh dan Gong Limau. Operasi pencegah dan pemantauan ini dibuat di kawasan penempatan kilang-kilang dan penduduk di kawasan kampong dan taman-taman perumahan di sepanjang jajaran tersebut.