PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN KILANG YANG BEROPERASI PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 28/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN KILANG YANG BEROPERASI PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 21 Januari 2022- JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT)  dan memantau kilang-kilang dan punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.  Ianya sebagai langkah kawalan dan pencegahan pencemaran udara, sungai dan bahan buangan terjadual.  Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes pencemaran ditemui. Kawasan operasi melibatkan Bukit Kuang, Kemasik, Kertih, Kijal, Teluk Kalong, Bakau Tinggi dan Chukai. Kawasan pemantauan telah tertumpu kepada penempatan kilang-kilang dan penduduk di kawasan kampong dan taman-taman perumahan di sepanjang jajaran tersebut.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan