PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS CAWANGAN KEMAMAN SENTIASA BERSIAP SEDIA MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 28/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS CAWANGAN KEMAMAN SENTIASA BERSIAP SEDIA MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 8 Januari 2022-  Kesiap sediaan JAS Cawangan Kemaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Jabatan yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya terbukti dengan tindakan proaktif dalam menjalankan rutin harian mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran yang dilakukan pada setiap hari dan juga setiap cuti hujung minggu. Tiada aktitiviti pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran udara, air dan alam sekitar dikesan. Pencegahan dan pemantauan pencemaran ini telah dilakukan di kawasan Bukit Kuang,Teluk Kalong, Kijal, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemasik, Semayor, Air Jernih, Payoh, Ibok, Yak Yah, Bukit Takal ,Mak Chili dan Chukai. Siasatan segera ke atas aduan bau yang diterima dari penduduk di Jalan Orkid Kg.Baru Kerteh juga turut dijalankan.  Walau bagaimanapun pasukan penyiasat tidak mengesan bau sepertimana yang didakwa oleh pengadu. Siasatan susulan akan terus dijalankan sehingga punca aduan tersebut dapat dikenalpasti.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan