Penerangan
11 Januari 2022, Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar WPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Motorsikal bersama Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Dataran JSPT, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur. Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan pihak JSPT bagi menguji kenderaan motorsikal bagi pematuhan bunyi bising yang telah disita oleh pihak JSPT Kuala Lumpur. Sebanyak 6 kompaun telah dikeluarkan dibawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Operasi ini telah melibatkan seramai 5 pegawai dari JAS WPKL dan 4 pegawai dari JSPT.