Penerangan
4 Januari 2022, Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar WPKL telah menjalankan Ops Uji (Gerak) bersepadu bersama PDRM di ruang parkir Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur. Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan pihak PDRM bagi menguji kenderaan motorsikal bagi pematuhan bunyi bising yang telah disita oleh pihak PDRM (Trafik) Kuala Lumpur dalam tempoh seminggu. Sebanyak 5 tawaran kompaun telah dikeluarkan dibawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Operasi ini telah melibatkan seramai 5 pegawai dari JAS WPKL dan 4 pegawai dari PDRM.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswpkl