Penerangan
27 Januari 2022, BATANG PADANG – Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas premis yang ditetapkan kilang kelapa sawit di sekitar kawasan Bidor.
Siasatan lebih tertumpu kepada status pematuhan premis terhadap perkara-perkara yang terdapat di dalam Jadual Pematuhan Syarat-Syarat Lesen Kilang Kelapa Sawit yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Persampelan efluen juga telah dibuat dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak untuk dianalisa.