PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK) BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA

DOE Perak 31/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK) BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/01/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

25 Januari 2022, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Operasi Bersepadu bagi Pelepasan Asap Hitam Dari Kenderaan Bermotor bertempat di Jalan Ipoh - Lumut pada hari ini. Ops gerak ini telah melibatkan seramai 7 orang penguatkuasa JAS Perak dan 7 orang anggota PDRM. Sepanjang Ops gerak ini berlangsung sebanyak 6 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Selain itu, 6 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terbabit bagi menjalani ujian semula. Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan