Penerangan
22 Januari 2022, GOPENG - Penguatkuasa JAS Perak telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka di kawasan Perindustrian Gopeng dan sekitar Kampar.
Pemerhatian menemui kesan pembakaran terbuka ke atas plastik, sisa kayu, sisa tapak binaan dan domestik di beberapa tanah lapang di sekitar kawasan rondaan. Bagi membendung perkara ini berlaku berterusan, JAS telah memasang poster larangan terbuka di kawasan terbabit.
Orang ramai dan pemilik premis industri dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pembakaran terbuka yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.