Penerangan
19 Januari 2022, IPOH – Satu sesi libat urus telah diadakan pada hari ini melibatkan JAS Perak dan premis sarung tangan getah bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, YBrs. Haji Rosli Bin Zul.
Sesi ini dijalankan bagi membincangkan perancangan premis untuk meningkatkan kapasiti pemprosesan sarung tangan getah melalui penambahan ‘plant’ yang baru. Antara pegawai yang hadir di dalam sesi tersebut termasuklah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Abdul Aziz Bin Parmin, Ketua Cawangan JAS Taiping, Puan Syakirah Binti Hashim dan Ketua Seksyen serta pegawai- pegawai kanan JAS Perak.