Penerangan
21 Januari 2022, BAGAN SERAI - Satu aduan pembakaran terbuka lagi telah disiasat oleh penguatkuasa JAS Cawangan Taiping di sebuah tanah lapang sekitar Bagan Serai.
Hasil siasat menemui beberapa longgokkan tandan kosong kelapa sawit di tanah lapang tersebut yang masih terbakar dan berasap.
JAS Taiping akan mengenakan tindakan perundangan sekiranya terdapat pelanggaran ke atas Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas pelaku.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pembakaran terbuka yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.