Penerangan
20 Januari 2022, BATU KURAU – Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menemui beberapa longgokan sisa kayu yang sudah terbakar dan ada yang masih berbara serta berasap di sebuah kawasan yang sedang dibersihkan. Siasatan dijalankan selepas JAS Perak menerima aduan pembakaran terbuka dari orang awam.
JAS Taiping akan mengenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pelaku.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pembakaran terbuka yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.