Penerangan
12 Januari 2022, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan program pengawasan kualiti air sungai di Sungai Tapah pada hari ini.
Pengujian secara insitu turut dijalankan dengan menggunakan YSI Pro DSS Multiparameter Water Quality Meter bagi membuat pengukuran beberapa parameter seperti suhu, oksigen terlarut, jumlah pepejal terlarut, kemasinan, pH, kekeruhan dan kedalaman.