Penerangan
11 Januari 2022, IPOH – JAS Perak telah menghadiri mesyuarat penyelarasan lawatan Duta Eropah ke Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Kumaresan Lingam, Timbalan Pengarah (Sektoral) dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak.
Dalam mesyuarat ini, JAS Perak telah membentangkan perkara berkaitan status kualiti udara, marin dan sungai serta pengurusan e-waste di Perak.