8 Januari 2022, KAMUNTING - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan ke atas sebuah aduan berkaitan pelepasan air putih susu ke parit awam di Kawasan Perindustrian Kamunting. Dua set persampelan telah dibuat bagi tujuan penganalisaan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak. Tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 juga akan dilaksanakan sekiranya hasil siasatan mendapati pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan perundangan oleh pihak premis.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak menyeru semua pihak agar tidak melakukan perbuatan yang menyumbang kepada pencemaran sungai. Justeru itu, orang ramai digalakkan melaporkan sebarang kes pencemaran alam sekitar kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]