Penerangan
7 Disember 2022, IPOH - JAS Perak telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin pada hari ini di Bilik Mesyuarat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak yang dihadiri oleh YBrs Pengarah Haji Rosli Bin Zul dan pegawai-pegawai kanan serta pelajar praktikal.
Majlis turut disempurnakan dengan meraikan persaraan seorang kakitangan JAS Perak, Encik Mohd Nor Bin Mohamad yang menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam bermula hari ini.
JAS Perak merakamkan ucapan selamat bersara kepada Encik Mohd Nor Bin Mohamad di atas komitmen dan sokongan yang telah diberikan sepanjang bertugas di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.