Penerangan
6 Disember 2022, IPOH - Penguatkuasa JAS Perak pada hari ini telah menjalankan satu sesi libat urus bersama wakil Lumut Maritime Terminal di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, YBrs Haji Rosli Bin Zul telah membincangkan perkara-perkara berkaitan pematuhan premis yang berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Turut hadir bersama adalah KPPK En. Abd Aziz Bin Parmin serta pegawai-pegawai kanan JAS Perak.