PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JAS TERENGGANU SOKONG USAHA-USAHA MENGURUSKAN E-WASTE DENGAN BETUL DAN SELAMAT-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU SOKONG USAHA-USAHA MENGURUSKAN E-WASTE DENGAN BETUL DAN SELAMAT-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
27/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 15 Januari 2022- Sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dan Majlis Perbandaran Dungun (MPD)  kepada program pengumpulan e-waste oleh Syarikat Awie Metal Sdn.bhd. telah membuahkan hasil, apabila program ini telah mendapat sambutan daripada masyarakat sekitar daerah Dungun. Program ini telah diadakan bersebelahan Bangunan Eco Shop, Sura Gete , Dungun, bermula jam 9 pagi hingga 1.00 tengahari. Ianya mensasarkan penduduk sekitar daerah Dungun untuk datang beramai-ramai bagi melupuskan buangan e-waste ini  secara betul dan selamat. Antara barang yang telah dihantar adalah televisyen, komputer peribadi, mesin basuh, pendingin hawa, peti ais, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektrik dan elektronik di rumah. Program ini akan diadakan secara berterusan dalam membantu masyarakat khususnya di negeri Terengganu ini, melupuskan buangan e-waste ini ditempat yang betul dan selamat demi memastikan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan