PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JAS TERENGGANU, MBKT DAN SYARIKAT KT WAN RECYLE BERJAYA KUTIP 1.388  TAN E-WASTE-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU, MBKT DAN SYARIKAT KT WAN RECYLE BERJAYA KUTIP 1.388  TAN E-WASTE-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
27/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 1 Januari 2022- Program pengumpulan e-waste dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat KT Wan Recycle berjaya mengutip sebanyak lebih 1 tan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di daerah Kuala Terengganu hari ini. Program pada hari ini adalah sebagai pembuka tirai tahun 2022 dan telah diadakan bertempat di Marque Tent, Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu iaitu di belakang Hentian Bas Tanjung. Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan di mana  masing-masing telah hadir membawa e-waste untuk ditukar dengan wang tunai mengikut harga yang ditetapkan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Program anjuran JAS Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat KT Wan Recycle menyasarkan pengumpulan e-waste dari kalangan penduduk sekitar Kuala Terengganu untuk dilupuskan dengan betul. Antara barang yang telah dihantar adalah televisyen, komputer peribadi, mesin basuh, pendingin hawa, peti ais, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektrik dan elektronik di rumah. Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi menggalakkan masyarakat supaya menguruskan bahan buangan e-waste ini mengikut kaedah yang betul dan selamat bagi menjamin keselamatan dan kelestarian alam sekitar. Masyarakat telah sedar tentang e-waste yang mengandungi logam-logam berat ini, berpotensi mencemarkan alam sekitar sekiranya dibuang ke tapak pelupusan sampah awam. Jika barangan ini dibakar, ia akan menghasilkan bahan pencemar udara yang merbahaya kepada kesihatan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan