PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS KITAR SEMULA DIDENDA RM 40,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA

DOE Melaka 26/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS KITAR SEMULA DIDENDA RM 40,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
26/01/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

26 Januari 2022, MELAKA - Satu premis yang menjalankan aktiviti kitar semula kertas terpakai telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada hari ini. Pihak premis telah melepaskan efluen melebihi had Piawaian B yang ditetapkan dan premis mengaku bersalah ke atas pertuduhan di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 40,000.00 atau empat (4) bulan penjara. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan