Penerangan
13 Januari 2022 (Khamis), Mesyuarat perancangan strategik tahun 2022 Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah diadakan dan dihadiri oleh ketua-ketua unit, ketua cawangan JAS Bayan Lepas dan pegawai-pegawai pengurusan dan profesional. Mesyuarat telah membincangkan hala tuju dan perancangan Jabatan untuk tahun 2022. Penilaian turut dibuat terhadap pencapaian prestasi 2021. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sharifah Zakiah bt. Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang