PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

DOE Kedah 29/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
26/01/2022
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH 19 Januari 2022 - Kulim, Kedah Unit Pemprosesan EIA Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek EIA bagi pembangunan yang melibatkan aktiviti pemerolehan kembali buangan terjadual di Daerah Kulim, Kedah. Lawatan ini dihadiri oleh pihak pemaju projek dan jururunding serta wakil-wakil daripada pihak agensi teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba Dan Peyelamat Kulim, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Syarikat Air Darulaman. Lawatan tapak ini diadakan bagi memastikan maklumat yang ada di tapak cadangan projek mematuhi kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan. Program lawatan tapak ini dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM.