Penerangan
15 Januari 2022, Kuching – Program Team Building anjuran JAS Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan JAS Negeri Sarawak (KESSAR), telah dijalankan dengan jayanya di Permai Rainforest Resort yang telah dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan JAS Negeri Sarawak dari Bahagian Pembangunan, Bahagian Operasi, Bahagian Pentadbiran dan Cawangan Sibu, Bintulu serta Miri.
Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menjayakan beberapa aktiviti yang telah diaturkan.
Program ini bertujuan untuk mengukuhkan dan mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan JAS Negeri Sarawak, membina keserasian antara rakan sekerja, melatih dan membentuk jati diri untuk menangani situasi tegang dan memberi ruang kepada semua pegawai dan kakitangan supaya mengenali hati budi rakan sekerja masing-masing.
Turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan The Biggest Loser JAS Negeri Sarawak bagi tahun 2021.