Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Lawatan Kerja Pengarah JAS Negeri Sarawak Dan Pegawai-Pegawai Kanan JAS Negeri Sarawak Ke Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Murum
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 26/01/2022
- Organisasi
- DOE Sarawak
- Lokasi
- Sarawak
Penerangan
19-20 Januari 2022, Belaga, Sarawak – Pengarah JAS Negeri Sarawak dan beberapa orang pegawai kanan JAS Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Murum, Belaga, Sarawak.
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat asas operasi stesen hidroeletrik dan isu-isu alam sekitar di stesen hidroelektrik berkenaan.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Encharang Ngtingih, Pengurus Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Murum dan disusuli dengan lawatan ke janakuasa dan Murum Conservation Island Garden.
Pihak pengurusan Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Murum juga telah menunjukkan demonstrasi 'composting' sisa makanan untuk dijadikan baja kompos.