Penerangan
KARNIVAL SUKAN TABAH NEGERI SEMBILAN 2022
23 Januari 2022, Seremban - Berlangsungnya Karnival Sukan TABAH bagi Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Peringkat akhir 2021, Kejohanan Bola Jaring Piala Datin Seri Wan Hasni 2021, Kejohanan E-sport Belia Harapan NS 2021 dan Autoshow Kereta.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan turut sama menyertai pameran kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar serta perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan-peraturan di bawahnya. Turut singgah di gerai pameran JAS Negeri Sembilan adalah YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Antara aktiviti yang diadakan sempena pameran JAS Negeri Sembilan di Karnival tersebut adalah:-
1. Pengujian pelepasan gas dari kenderaan berenjin petrol CO/HC
2. Pengujian bunyi bising ekzos motosikal menggunakan sound level meter.
3. Promosi pendaftaran Rakan Alam Sekitar
4. Taklimat kesedaran alam sekitar dan
5. Promosi pengumpulan e-waste
Agensi seperti AADK, KWSP, Dan TM turut sama menyertai pameran. Diharap pameran ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dalam sama-sama menjaga alam sekeliling.