Penerangan
6 Januari 2022 (Khamis), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Gelugor dan TNB Perai telah melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Pihak TNB diketuai oleh Encik Rosli bin Ashaari, Pengurus Besar Stesen Janakuasa Gelugor dan Ir Haji Mhd Shukree Shahabudin Pengarah Urusan Stesen Janakuasa Perai. Pengarah JAS, Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab berbesar hati menerima kunjungan tersebut.