Koleksi Gambar / Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KENDERAAN BERMOTOR (OPS STATIK) NEGERI PAHANG
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 25/01/2022
- Organisasi
- DOE Pahang
- Lokasi
- Pahang
Penerangan
CAMERON HIGHLANDS, 19 Januari 2022 - JAS Negeri Pahang bersama JAS Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Ops Statik) bersama-sama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Cameron Highland dan Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Cameron Highland di KM 48 Jalan Simpang Pulai - Gua Musang, Cameron Highland hari ini.
Dengan kekuatan seramai lapan (8) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang, sebanyak lebih 58 buah kenderaan dengan 15 buah kenderaan daripadanya telah ditahan dan diuji meter bagi memantau pelepasan asap daripada kenderaan berenjin diesel. 9 kompaun dan 12 notis dikeluarkan bagi kesalahan-kesalahan tersebut.