Penerangan
BENTONG, 13 JANUARI 2022 - Sebuah premis fabrikasi logam di Daerah Bentong telah dikompaun atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Pihak premis telah diarahkan untuk mengambil tindakan pembaikan dan menguruskan Buangan Terjadual mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam peraturan di atas.
Semua pengeluar Buangan Terjadual diingatkan untuk sentiasa memastikan Buangan Terjadual diuruskan mengikut kaedah yang betul.