22 Januari 2022, MELAKA - Satu premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menjalankan aktiviti recovery process buangan terjadual telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen 3 pada 21 Januari 2022.
Pihak premis tidak memaklumkan kepada Ketua Pengarah Alam Sekeliling dan Pengarah Alam Sekitar Negeri Melaka SERTA MERTA mengenai kebakaran yang berlaku di premis. Dengan itu, premis mengaku bersalah ke atas pertuduhan dibawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5,000,00 atau satu (1) bulan penjara setelah rayuan dikemukakan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama