22 Januari 2022, MELAKA - Satu premis yang menjalankan proses penyembelihan ayam disabitkan di Mahkamah Sesyen 3.
Pihak premis telah melepaskan efluen perindustrian melebihi had Piawaian B yang ditetapkan dan premis mengaku bersalah ke atas pertuduhan di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 50,000.00 atau lima (5) bulan penjara.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama