Penerangan
SESI PEMBENTANGAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI PELAJAR DI JAS NEGERI SEMBILAN
21 Januari 2022, Seremban – Sesi pembentangan akhir pelajar latihan industri di JAS Negeri Sembilan telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat JAS Negeri Sembilan hari ini.
Pelajar tersebut, Rasyidah binti Harun yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Gunaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah membentangkan laporan beliau mengenai tatacara kerja serta Peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) yang beliau pelajari sepanjang menjalani latihan industri di JAS Negeri Sembilan.
JAS Negeri Sembilan berharap ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi dapat membantu para pelajar dalam menempuh dunia pekerjaan nanti.