Penerangan
20 Januari 2022, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka menjalankan Operasi Penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Enjin Diesel) 1996 bersama IPK Trafik Alor Gajah pada hari ini yang bertempat di Lebuh SPA Gangsa. Operasi melibatkan penguatkuasaan pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Enjin Diesel) 1996 dan hasil operasi mendapati dua (2) kompaun dan tujuh (7) notis arahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka