Penerangan
RONDAAN MENCEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
19 Januari 2022, Seremban - JAS Negeri Sembilan telah menjalankan rondaan mencegah aktiviti pembakaran terbuka di sekitar Negeri Sembilan.
Rondaan yang dijalankan ada menjumpai kesan-kesan pembakaran terbuka. Tindakan memberikan kesedaran mengenai larangan pebakaran terbuka telah diambil dengan mengedarkan risalah berkaitan kepada penduduk sekitar.
Dimaklumkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.