Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERBINCANGAN ANTARA BAHAGIAN BAHAN BERBAHAYA, JAS DAN MAKMAL BIOSERASI, UKM SECARA DALAM TALIAN.
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 25/01/2022
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Putrajaya>Ibu Pejabat
Penerangan
Satu perbincangan antara Seksyen Penilaian Dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya bersama pihak Makmal Bioserasi, UKM telah diadakan pada 11 Januari 2022 jam 9.30 pagi melalui platform ‘Google Meet’. Perbincangan telah dihadiri 3 orang pegawai dari Seksyen Penilaian Dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya serta 3 orang pegawai dari Makmal Bioserasi, UKM. Makmal Bioserasi, UKM merupakan makmal yang berakreditasi dan menjalankan pengujian toksisiti kepada pelbagai bahan seperti bahan buangan terjadual. Perbincangan ini diadakan kerana pihak Makmal Bioserasi, UKM ingin mendapatkan maklumat terkini keperluan pengujian toksisiti buangan terjadual mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Perbincangan telah ditamatkan pada jam 10.30 pagi.