Penerangan
14 Januari 2022, KANGAR – JAS Perlis telah menghadiri sesi perbincangan berkaitan isu pematuhan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bersama dengan Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Azlan bin Man.
Perbincangan adalah berkaitan status pematuhan sepenuhnya premis yang berkaitan dengan pengurusan efluen perindustrian.
Turut serta dalam sesi ini adalah wakil pihak industri terlibat dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN).
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jan2022