Penerangan
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PENCEMARAN DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
16 Januari 2022, Seremban – Pasukan Rondaan Operasi Mencegah Pencemaran dan Pembakaran Terbuka JAS Negeri Sembilan menjalankan rondaan dan pemantauan aktiviti pembakaran terbuka di lokasi-lokasi hotspot yang sering berlakunya pencemaran dan pembakaran terbuka. Kawasan rondaan meliputi bandar Seremban, Mambau, Lukut, Port Dickson, Rantau, Senawang dan Nilai.
Orang awam termasuk penggiat industri di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pencemaran dan pembakaran terbuka. JAS Negeri Sembilan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
Orang awam dinasihatkan supaya segera melaporkan kes pencemaran dan pembakaran terbuka kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui eAduan di laman https://eaduan.doe.gov.my.