Penerangan
Kemaman, 15 Januari 2022- Tanggungjawab sebagai sebuah Jabatan yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, telah memberi inspirasi kepada pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman untuk terus menjalankan tugas mencegah dan memantau pencemaran bukan hanya pada hari-hari biasa tetapi termasuk juga pada cuti hujung minggu.
Rondaan dan pemantauan pada hari ini telah dilakukan di kawasan Geliga, Bukit Mentok, Binjai, Paman, Ibok, Payoh, Ayer Jerneh, Semayor, Kg Chabang, Kg.Baru, Kertih, Kawasan Perindustrian Kertih, Kemasik, Kijal, Teluk Kalong dan Chukai.Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.
Rondaan ini melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang dan penduduk.